KHABAR DARI PTj |Edisi 3 Disember 2021

Komitmen Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Jelebu dalam membantu klien dalam kepulihan bukan sahaja tertumpu kepada program-program pemulihan yang dijalankan. AADK Jelebu juga sentiasa mengambil berat terhadap keperluan klien dalam meneruskan kehidupan terutamanya ketika Pandemik Covid-19 melanda negara.

Inisiatif yang diambil oleh AADK Jelebu adalah dengan mewujudkan bank makanan yang diberi nama “Gerobok Rezeki” untuk membantu klien yang terjejas dengan sumber pendapatan sepanjang pandemik melanda negara. Alhamdulillah hasil sumbangan dari pelbagai pihak “Gerobok Rezeki” ini dapat memberi sinar baru kepada klien.

Ikuti perkongsian lanjut AADK Jelebu mengenai “Gerobok Rezeki” menerusi segmen Khabar Dari PTj minggu ini

Jom ikuti AADK:
Instagram: https://www.instagram.com/aadk.malaysia/
Facebook: https://www.facebook.com/aadkmalaysia/
Twitter: https://twitter.com/AADKMalaysia